Sunday, March 04, 2012

START INVEST TODAY

As'kum& good morning bloggers.this is my first post for 2012.
maaf lama dah tak update blog.ramai yang masih tertanya2 bila lah masa yg paling sesuai nak mulakan pelaburan emas ni.smua nak tunggu harga betul2 rendah.pada pandangan saya anda boleh start hari ni jugak,sebab klau kita rujuk graf tahunan harga emas pada tahun2 lepas harga memang paling murah pada starting year.

Kepada yg dah melabur emas pada harga high peak tahun lepas contohnya: 10g=rm2045, jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.kalau keadaan kewangan@ duit simpanan mengizinkan boleh tambah stock emas lagi.so kita boleh merendahkan purata nilai emas yg ada.

contoh belian pertama 10g=rm2045
belian kedua 10g=rm1907 (today 5/3)
jadi purata harga emas kita= (2045+1907) bahagi 2= rm1976.

jadi kita tidak perlu menunggu lama utk menjual balik emas tersebut& mendapat keuntungan lebih awal.
Di bawah sy sertakan graf terbaru perubahan harga emas yg sy dapat dr sumber blog pokli:

 
kenaikan harga emas 2 tahun 62.01%


 Kenaikan 25.52% dalam 1 tahun


 Kenaikan 11.43% dalam masa 60 Hari

 Kenaikan 6.72% dalam masa sebulan (30 hari)



MULAKAN LANGKAH PERTAMA PERLABURAN EMAS ANDA BERSAMA SAYA SEKARANG.HANI: 0172582930.

Saturday, November 26, 2011

Product PUBLIC GOLD (PG)

1.gold
-bar(999)
-dinar(916)
2.silver(999)
3.public jewellery

Saturday, November 19, 2011

7 perkara penting dlm invest emas

1.JANGAN MALAS.
-jangan malas mencari info tentang emas.banyakkan membaca tidak kira daripada internet atau buku2 yg berada di pasaran.Dengan membaca,kita dapat mengelak dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan.ini kerana mereka menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
pastikan anda selalu menyemak harga emas daripada syarikat2 yg berbeza bagi mendapatkan harga yg betul2 berpatutan dgn spread yg rendah.

2.JANGAN AR-RAHNU SEMBARANGAN
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh:
Katakan emas 999 100g berharga RM20k,pembeli hanya sediakan RM6k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM14k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Namun pembeli terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan di ar rahnu.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain.
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah S.E.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.

Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.

Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah
2.Hartanah
3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas)
4. Modal bisnes
5.Keperluan yg mendesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.

4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.


5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!

6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.


Sokonglah matawang sunnah Islam

7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet.


Sunday, November 06, 2011

kenapa harga emas meningkat?

Terdapat banyak sebab2 kenaikan harga emas dr tahun ke tahun.Ini adalah 7 sebab daripadanya :

1.PENGELUARAN EMAS TAHUNAN BERKURANG

Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber
semakin kurang dan kualiti semakin menurun.

Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.


Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit.
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!

2.EMAS MAKIN SUSAH DI CARI

Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.

Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!

Apabila emas makin susah dicari,emas yang ada sekarang semakin bernilai.Maka sesiapa yang memilikinya sekarang, boleh mendapat untung yang amat besar di masa akan datang.

3.PERMINTAAN PERLABURAN EMAS

Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.

Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.

Dalam ayat World Gold Council sendiri...

Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.

Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas secepatnya.

Semakin banyak negara yang berada keadaan stabil ekonominya,semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

4.BANK PUSAT SIBUK MEMBELI EMAS

Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.

Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.

Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.

Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka).

Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.

Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga.

5.GESAAN UNTUK MATA WANG BERASASKAN EMAS

Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.

Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.

Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.

Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara,terutama sekali negara-negara Islam.

6.PERMINTAAN EMAS YG TINGGI DI ASIA.

Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.

Tapi sekarang China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.

Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?

Harga emas akan meningkat lagi.

7.EMAS BERADA DALAM SECULAR BULL MARKET.

Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.

Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.

Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.





Thursday, November 03, 2011

kadar dinar utk menunaikan haji

assalamualaikum.hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidiladha.alangkan indahnya sesiapa yg menjadi tetamu Allah di tanah suci yang penuh berkah.
moga2 mendapat haji yg mabrur,amin.
Dalam post sy kali ini,sy ingin berkongsi graf statistik kadar dinar yg di gunakan utk menunaikan haji dr tahun 2002-2011.

Berdasarkan graf yg anda boleh lihat di atas,harga dinar pada tahun 2002 adalah rm140.Maka,seseorang itu memerlukan sebanyak 64-65 dinar utk menampung kos menunaikan haji.
Dengan peningkatan harga emas(dinar) dari tahun ke tahun, hanya 17-18 dinar sahaja di perlukan pada tahun 2009.1dinar pada tahun itu bersamaan rm502.
Pada tahun 2011 ini,harga pada ketika saya menulis post ini adalah rm803.Anggaran saya kira2 12 dinar sahaja di perlukan.

Kesimpulannya,marilah kita sama2 mengumpul dinar utk menampung kos kita menunaikan haji,satu hari kelak.Jangan biarkan duit yang disimpan di dalam bank menjadi mangsa inflasi.

Monday, October 31, 2011

GRAF KENAIKAN HARGA EMAS


Dalam tempoh 6bulan,kita sudah boleh lihat kenaikan harga emas.





Kecerunan harga emas sangat jelas ketara utk graf perubahan harga emas utk 10 tahun.lebih 7kali ganda nilai harga berbanding 10tahun lepas.

Ambillah langkah pertama hari ini untuk melabur dalam emas bar@dinar.ini adalah untuk masa depan anak2 kita kelak& sebagai jaminan utk kita di hari tua.





Friday, October 28, 2011

KADAR SUSUT NILAI (SPREAD)

ini adalah kiraan susut nilai utk harga jual beli.moga info ini dapat membantu anda utk memilih jenis pelaburan yg kita mau,sama ada utk jangka masa pnjg atau jangka masa pendek.
banyak lagi aspek lain yg akan di bincangkan dlm group ini bagi memilih jenis produk.contohnya:perbandingan emas dan perak.

gold bar(999):
10g=8.01%
20g=6%
50g=5.50%
100g=5%
250g=4.5%

dinar (916):
1 dinar=6%
5 dinar=5.51%
10 dinar=5%

silver:
100g=15%
250g=14%
500g=13%
1kg=12%

i-jewellery:
10% utk smua berat

Monday, October 17, 2011

JAR SYSTEM-CARA MENYIMPAN DUIT.

Here's how it works. Divide your money between 6 jars and label the jars as follows:

  1. Financial freedom account (FFA): This jar if for your financial freedom. Each month put 10% of your income in this jar. Money you put in this jar can be used to invest, start a business, create a passive income streams etc.
  2. Necessities (NEC): Put 55% of your income in this jar for your necessities. It's for things like paying bills, food, necessary clothing etc.
  3. Long term saving for spending (LTSS): Put 10% in this jar. You may have more than one LTSS jar. It's for things like a plasma TV, your family vacation, contingency fund, your children's education etc. If you have more than one LTSS, divide the 10% between the jars according to your priority.
  4. Education (EDU): 10% that goes in this jar if for your own education. It could be used to attend seminars, buy books etc. Basically, it's for your continual education and learning.
  5. Play: Allocate 10% of your income for you to have fun guilt-free. Use it to go to a fancy restaurant you've been eyeing, or a massage at a spa. Just do something fun. Let your inner child play.
  6. Giving (GIV): Allocate 5% of your income to give to charity. If you want to allocate 10% for giving, take 5% off your NEC jar.

Many people think, "But I don't have money. I'm barely getting by. How can I manage money if I don't have money." If you're one of those people, that is exacly why you need to use this jar system. If you have very little money, you can start by dividing $1 between the jar.

The amount you put in the jars doesn't matter. It's the habit of managing money that's important.

So find yourself a few jars and start dividing whatever money that comes in into the jars. 6 months from now, come back to this page and post a comment to let me know how you're doing.

Where did I learn about the jar system? At T.Harv Eker's Millionaire Mindset Intensive seminar.

Thursday, October 13, 2011

CARA MEMBELI PRODUK PUBLIC GOLD

SMS to me your info: hani= 0172582930

1.full name

2.i.c number

3.item to lock

4.email address

5.type of payment,full payment or EPP.

6.cawangan mana yg anda mau utk ambil stock

- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa seperti yang tertera di laman web http://www.publicgold.com.my/ .rujuk di sell price.

- Public Gold akan menghantar Sales Order kepada anda melalui email.

- Buat bayaran dalam tempoh 24 jam dari tarikh Sales Order diterima.

-selepas pembayaran di buat melalui online transfer @bank in,send slip payment to public gold tru email.

-item boleh di ambil cawangan2 public gold yang di tetapkan.

-bawa sekali i.c utk bukti semasa collect item.jika tidak dpt ambil sendiri,boleh menghantar wakil.tetapi,borang authorization perlu di isi(boleh dpt tru website PG).

Penalti akan dikenakan sekiranya tempahan dibatalkan dan akaun anda mungkin akan di 'suspend' untuk tempahan seterusnya.

SYARAT2 MENJADI DEALER YG SAH BERDAFTAR

Untuk menjadi dealer yang sah,customer perlu membeli produk Public Gold (emas 999/ emas 96 (dinar)/ silver/ emas perhiasan Public Jewellery) sekurang-kurangnya RM20,000 dalam satu resit.

1.cara pembeliannya sama,just choose item that you want(bole mix).


2.tell me to lock it.


3.Download (Borang Dealer) atau isi dan Email kan ke carmen@publicgold.com.my & hanifahsjamun@gmail.com .borang dealer oleh didapati di http://www.publicgold.com.my/.


4-PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order akan di email kepada anda.


5. Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my dan hanifahsjamun@gmail.com.Nyatakan No Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.


6.collect barang anda dan bole start berjual.if nak smpn sendiri pun bole.makin lama simpan makin mahal.

WHY 'PUBLIC GOLD'

Banyak kedai2 emas atau bank2 yang menjual emas bar mereka sendiri.ini di antara sebab2 mengapa emas public gold yg menjadi pilihan sy.

1.PG mengenakan spread (kadar peratusan beza beli dan jual) yg lebih rendah.

-PG=from 4-6%,others such as kedai emas 14-20%

if nak check spread,boleh kira (harga beli-harga jual) bahagi harga beli, darab 100%.


2.jika beli gold bar di kedai emas,ada charge tambahanan seperti insurans dan ada juga yang mengenakan workmanship kos.

-untuk PG charge hanya di kenakan jika anda berada luar dari penang(kira kos post ke pusat PG yg berdekatan anda ).


3.sesetengah kedai emas hanya membeli balik emas yg mereka jual sahaja dan kadangkala ada pula yg tidak mau membeli balik emas anda if emas bengkok@tercalar atau bungkusan emas di buka.ini mungkin di sebabkan,mereka menggunakan pihak kedua(syarikat lain) untuk pelebura emas.

-PG pula tetap membelinya semula kerana mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk.maklumat terkini yg saya dpt melalui introducer sy yg menghadiri seminar PG:kilang emas public gold merupakan kilang emas terbesar d Malaysia. PG juga merupakan supplier emas utk Poh kong n wah chan dlm bentuk raw material.

so,memang lebih murah beli from PG,umpama membeli barang terus dari kilang.memang confirm murah.


4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita 24jam sehari.keistimewaan ini untuk dealer,so bole contact saya utk lock the price.walaupn ketika byran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat byran esok, sy ttp membyr dgn harga yg sy lock smlm.


5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa Bank Negara Malaysia.manakala harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda tidak boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.


6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 20hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan tidak berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?contoh,anda membeli item bernilai rm20 000(syarat minimum dealer in one receipt ),anda akan mendapat 1% bonus terus untuk belian itu.


7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda.

A)Normal Dealer (ND)-sell rm20 000

- Setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen -1.0%

- Belian semula dari pelanggan diberi komisyen -0.3%

B)Priority Dealer (PD)-accumulate sale rm100 000

- Setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen -1.5%

- Setiap belian oleh Direct Dealer diberi komisyen -0.5%3- Belian semula dari pelanggan diberi komisyen -0.3%

C)Master Dealer (MD)-accumulate sell rm500 000

- Setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen -2.0%

- Setiap belian oleh Direct Dealer diberi komisyen -0.5%

- Belian semula dari pelanggan diberi komisyen -0.5%

- Jika Direct Dealer telah berstatus MD,anda akan dibayar komisyen 0.1% dari jumlah belian keseluruhan (Group Sales) rangkaian MD tersebut.


8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve.


9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.so tiada alasan untuk tidak melabur, kerana walaupun 1dinar boleh gunakan ansuran EPP ini.


10.makin berat nilai emas,dinar atau silver yg anda beli.makin murah nilai per gramnya.saya ada terjumpa dgn produk emas yang murah untuk 10gram tetapi nilai untuk 100g nya hanya di darab sepuluh ataupun nilai per gram nya sama.so,untuk buyer yang hendak membeli emas dalam kuantiti yang besar,haruslah peka dengan perkara ini.


BILA NAK BELI EMAS???

Bila-bila pun boleh beli,tak perlu tunggu harga emas turun.kalau dah ada duit sedikit,bole EPP(ansuran maximum 4 bulan ) or kalau dah cukup duit bole beli cash terus.

memang ada masanya dlm setahun harga emas akan turun 2@3kali setahun.tapi kita tidak meramal bila ia akan berlaku.ini adalah masa yang terbaik utk membeli emas.

Tapi smpai bila nak tunggu harga emas benar2 murah,akhirnya 1dinar pun kita tak ada dalam simpanan.Jangan menyesal tak sudah di kemudian hari.jadi fahamilah konsep dalam pelaburan emas fizikal ini: harga hari ini adalah lebih murah berbanding thn hadapan.

-Untuk individu yg masih bujang,belilah emas dari sekarang utk persediaan bajet majlis perkahwinan nanti.

-untuk pasangan yg baru berumahtangga,belilah emas untuk persediaan menyambut kelahiran cahaya mata nanti.

-untuk keluarga yg mempunyai anak2 kecil,simpanlah emas untuk pendidikan anak2 nanti.

-untuk warga emas,smpnlah emas utk di wasiatkan kepada anak2 bila mana kita tiada kelak.moga2 memberi manfaat kepada waris di kemudian hari.

WHY INVEST IN GOLD.

1.selamat utk risiko perlaburan

-emas &perak adalah aset.sama seperti tanah,rumah,kereta dll.

definisi aset=sumber yg terhad,tapi permintaan tinggi dan sentiasa meningkat megikut masa.

maka harga akan sentiasa naik mengikut masa,kalau turun pun ia tidak akan merudum dan jadi tidak bernilai.dengan faktor kerugian yg minima,nisbah keuntungan lebih besar dari kerugian.

i-anya berbeza dengan perlaburan saham@perniagaan

harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja.Pelaburan ke atas perniagaan juga terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.


2.sebagai simbol simpanan sebenar

-tujuan penciptaan mata wang adalah sebagai medium urusan pembayaran.jika tidak digunakan atau untuk disimpan,adalah lebih baik d tukarkan sebagai emas.ini kerana,medium simpanan yg sebenar adalah emas.

-emas boleh d tukar kepada wang bila2 masa utk keperluan.jadi secara tidak langsung kita dpt mengawal perbelanjaan semasa dan utk jangka masa pnjg.


3.kalis inflasi@tiada susut nilai

-harga barangan meningkat dari tahun ke tahun,nilai rm100 pada 10tahun lepas adalah lebih tinggi berbanding sekarang.bayangkan hanya beberapa barang sahaja yg dpt kita beli sekarang berbanding rm100 pd 10tahun lepas.

dengan kata lain duit makin lama d smpn,makin kurang nilainya.emas makin lama disimpan,makin tinggi nilainya.


4.emas tidak dapat di binasakan

-emas walaupun d leburkan,tetap bernilai.kalau wang hangus,tiada apa yang tinggal.

Friday, April 15, 2011

GUESS GIRL JACKET
-light pink.
-long sleeve
PRICE:RM35
size:
2years
4years
5years

Sunday, March 20, 2011

THE LATEST DESIGN FROM HACKETT.



RED HACKETT
RM35
size:
S-2tahun
M-3tahun:sold
L-4tahun
XL-5tahun
XXL-6tahun :sold


BLACK HACKETT
RM35
size:
S-2tahun
M-3tahun
L-4tahun
XL-5tahun
XXL-6tahun :sold

Thursday, December 30, 2010

BUSANA MUSLIM ANAK=RM80 per set


dannis 06
3pcs set-songkok jenis keras
3poket baju,6poket seluar
button ada label

saiz4-big cutting(4-5tahun)

dannis 05
3pcs set-songkok keras
button berlabel
2poket baju,5poket seluar
seluar jenis jeans lembut

saiz 5-big cutting(5-6tahun)




dannis 01
3pcs set -topi keras
button ada tulis brand dannis
4poket di seluar

saiz 5, big cutting(5-6tahun)



dannis 02
3pcs set -topi jenis keras
button ada tulis brand dannis
ada 1poket di baju,5poket di seluar

saiz 5, big cutting(5-6tahun)

patrick 01
4pcs set-topi keras serta selendang solat
ada 1poket di baju,4poket di seluar
button ada tulis brand patrick

saiz 4, big cutting(4-5years)

patrick 02
4pcs set-topi jenis keras mcm songkok
kain selendang bahu
button berlabel patrick
1poket baju,4poket di seluar

saiz 3-big cutting(3-4tahun)

patrick 03
4pcs set-topi mcm songkok (keras), ada selendang solat
1poket baju,4poket seluar
button berlabel patrick

saiz 2-big cutting(2-3tahun)

Wednesday, December 29, 2010

BUSANA MUSLIM DAN MUSLIMAH ANAK=rm80 per set
more item in my facebook: Hanifah sjam'un

michelle & marcelle 07
saiz 4-5 tahun

free gelang dan rantai wana warni

michelle & marcelle 06
free gelang dan rantai wana warni

saiz 4-5tahun

michelle & marcelle 05
free gelang dan rantai wana warni

size 3-4tahun

michelle & marcelle 04
free gelang dan rantai wana warni

saiz:
5tahun
6tahun

michelle & marcelle 03
free gelang dan rantai wana warni

saiz 5-6tahun

dannis 12
4pcs set-ada tudung bertali dan headband getah(pakai bersama)
3pocket di long skirt
butang ada tulis brand dannis

saiz 2-big cutting(2-3tahun)

dannis 11
4pcs set-ada tudung bertali dan cap bergetah(pakai bersama)
4poket seluar
butang ada tulis brand dannis

saiz 4-big cutting(4-5tahun)

dannis 10
4pcs set-tudung bertali, ada hat(pakai bersama)
skirt ,topi dan kain warna biru pada baju adalah jenis jeans
2pocket on skirt,2pocket pd baju
button ada brand

saiz 3-big cutting(3-4tahun)


dannis 09
4pcs set-tudung bertali,headband getah(pakai bersama)
2pocket on skirt(long skirt)
button ada brand

saiz 3-big cutting(3-4tahun)


dannis 08
4pcs set-tudung bertali, headband getah(pakai bersama)
2poket di baju,2poket di skirt.
button ada brand

saiz 4-big cutting(4-5tahun)


dannis 07
4pcs set-tudung ada tali, headband lebar utk ikat(pakai bersama)
1pocket di baju,2pocket seluar
button ada brand dannis

saiz:3-big cutting(3-4tahun)



dannis 05
4pcs set-tudung ada tali, headband lebar (pakai sekali)
ada tali d baju utk kedutkan,
butoin ada brand

saiz 2tahun-big cutting(2-3tahun)
rm80 per set



dannis 03
4pcs set-ada tudung bertali dan head band(pakai bersama)
3poket skirt
butang ada tulis brand dannis

saiz 4-big cutting(4-5tahun)
RM80per set




dannis 01
4pcs set-ada tudung bertali dan hat(pakai bersama)
1poket baju, 2poket seluar
butang ada tulis brand dannis

saiz 4-big cutting(4-5tahun)
rm80 per set